Tip:
Highlight text to annotate it
X
0:00:31, 0:00:43 Nama saya Andy Koh, saya merupakan pengasas
PetFinder.my. Petfinder adalah sebuah portal yang bertindak
untuk mencari pemilik baru untuk haiwan-haiwan dan juga mempertahankan kabajikan serta mendidik
orang awam tentang tanggungjawab memilki haiwan peliharaan.
0:01:45, 0:01:13 Saya memang gila IT dan alat elektronik ¨C
komputer dan barang-barang teknikal. Saya mula belajar tentang ĄŽprogrammingĄŻ pada
usia 14 tahun dan telah terlibat dalam bidang itu sejak 17 atau 18 tahun dulu. Saya suka
haiwan peliharaan sejak kecil dan saya ada seekor anjing tapi dah mati sebab sakit tua.
Dan lepas tu, saya ambil keputusan untuk membantu haiwan-haiwan secara online.
0:01:15, 0:01:33 Saya dan kawan menyelamatkan anak anjing cedera
bernama Chanelle dan kami cuba merawatnya sampai pulih. Channel cedera pada kaki bahagian
belakang, jadi kami hantar kat klinik haiwan. Bila Chanelle dah sembuh kami cuba cari tuan
baru untuknya. Tapi masalahnya, memang tiada rangkaian online yang tetap untuk haiwan-haiwan
ni.
0:01:35, 0:01:48 Daripada pengalaman ini, saya dapat tahu,
ada ramai orang yang mencari haiwan peliharaan dan mencari tuan baru untuk haiwan yang telah
diselamatkan. Saya ambil keputusan untuk menggunakan kepakaran IT saya untuk membantu haiwan-haiwan
ni. Sebab itu saya mulakan PetFinder.
0:01:51, 0:01:58 Masalahnya, banyak tempat perlindungan haiwan
dah penuh, sebab terlalu banyak haiwan yang dihantar ke tempat tu.
0:01:59, 0:02:15 Saya Edward Lim, saya merupakan pengurus tempat
perlindungan PAWS. Kami melindungi lebih 500 haiwan, terutamanya anjing dan kucing. Tempat
perlindungan tak kira besar atau kecil mempunyai hadnya.
0:02:17, 0:02:24 Jadi kami harap, dengan PetFinder orang ramai
dapat mencari rumah untuk haiwan-haiwan secara terus dan mengurangkan beban tempat perlindungan
ini.
0:02:26, 0:02:41 Nama saya Carnea Lee, saya mejadi penyelamat
haiwan selama 7 tahun. Bila kami nampak haiwan yang perlukan bantuan, kami akan mengambilnya
dan kami akan bawa ke klinik haiwan untuk memeriksanya secara menyeluruh, mengkuarantin,
vaksinasi, mengembiri dan meletakkan mereka di rumah untuk adopsi.
0:02:42, 0:02:54 Apabila PetFinder dimulakan, orang ramai tidak
yakin sepenuhnya, terutamanya penyelamat, Jadi kami mendekati mereka secara berperingkat
untuk meyakinkan mereka yang sistem kami efektif.
0:02:55, 0:03:19 Menerusi PetFinder, sehingga kini saya telah
membantu sebanyak 305 haiwan, lebih separuh daripada haiwan tersebut telah menemui rumah
baru. PetFinder meningkatkan kebajikan haiwan dengan membantu pemilik haiwan menghantar
haiwan mereka untuk adopsi ataupun haiwan yang telah mereka selamatkan untuk mengurangkan
beban tempat perlindungan haiwan dan penyelamat seperti kami.
0:03:18, 0:03:31 PetFinder boleh menjadi satu platform yang
efektif kerana kuasa Internet dan media sosial. Buat masa ini PetFinder telah menemui rumah
untuk 12000 haiwan dan 4000 yang lain sedang mencari rumah baru secara online.
0:03:32, 0:03:56 Ada pelbagai cara untuk membantu haiwan-haiwan
di PetFinder, anda boleh memasang aplikasi telefon pintar untuk iPhone, Android dan Blackberry.
Anda boleh gunakan ciri-ciri peta visual bagi membantu mencari haiwan yang hilang. Atau
anda boleh kongsikan profil haiwan peliharan anda menerusi Facebook dan Twitter, atau berita
tentang haiwan yang sedang mencari tuan baru atau memberi sumbangan kos rawatan untuk haiwan
yang mengalami kecederaan atau berpenyakit.
0:03:58, 0:04:15 Saya harap semua orang dapat membantu untuk
meningkatkan tahap kebajikan haiwan di Malaysia, tidak kira secara sukarela, secara sumbangan
kepada tempat perlindungan, menyelamatkan haiwan-haiwan atau menggunakan segala kepakaran
yang ada. Kerana setiap orang daripada kita sangat mustahak dan kita boleh membawa perubahan
bersama-sama.
0:04:22, 0:04:25 Ini kisah Internet saya. Apa pula kisah anda?