Tip:
Highlight text to annotate it
X
"Bulan rahmat telah bermula di Iran. Ramadan adalah bulan kesembilan mengikut kalendar Islam, di mana umat Islam berpuasa, menahan diri dari makan dan minum dari subuh hingga matahari terbenam. Berpuasa di bulan ini adalah merupakan salah satu rukun Islam.
Bulan Ramadhan tiba ke saat kemuncaknya apabila umat Islam melalui Malam2 Lailatul Qadr. Malam2 ini dipercayai lebih baik daripada 1000 malam kerana umat Islam percaya bahawa Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad pada malam2 ini.
Oleh itu, (pd malam2 tersebut) umat Islam berjaga sepanjang malam, berdoa dan membaca ayat suci Al-Quran.
"Puasa menyebabkan manusia mengawal jiwanya, serta kepentingan dan keinginan yg rasional. Kita (akan dapat) mengenal pasti peranan puasa yg spesifik dalam membantu proses penyucian jiwa"
"hanya saja apabila kita tahu bahawa apa saja yg berlaku terhadap kemanusiaan di seluruh dunia, adalah disebabkan oleh sifat pentingkan diri, kecenderungan pada kejahatan. dan selagi mana manusia tidak membebaskan diri mereka dari keinginan2 (buruk) ini"
"penindasan, korupsi, pembunuhan, dan dosa, akan terus berlaku. Puasa adalah salah satu faktor di mana manusia mampu mengatasi keinginan materialistik dan hawa nafsunya,"
Di Iran, masjid2 dipenuhi dengan orang2 beriman ketika dalam bulan Ramadhan ini, dan ini adalah saat terbaik utk membaca sebanyak mungkin ayat2 suci Al-Quran utk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Bagi umat Islam, bulan Ramadhan adalah bulan spiritualiti dan rakyat Iran menyambut bulan ini beberapa hari sebelum ketibaannya.
Orang ramai di Tehran menyambut Ramadan beberapa hari sebelum ia bermula. Sambutan2 diadakan di mana karnival2 Ramadhan bergerak melalui bandar2. Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk mengucapkan tahniah kpd orang ramai atas ketibaan bulan mulia ini.
"Puasa adalah latihan utk menjadi seorang yg bertaqwa. Tidak ada hasil yg lebih baik, dan manfaat yg lebih baik, bagi seseorang itu utk menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat melainkan dengan berpuasa."
"Muslim menahan diri dari makan dan minum dalam bulan ini. tetapi itu tidak cukup. Mesej utama bulan ini adalah utk menjauhi diri dari pandangan dan perbuatan dosa, dan dgn berpuasa, kita akan lebih mengingati org2 miskin dan mereka yg memerlukan,"
Bulan Ramadhan berakhir pada hari pertama bulan Shawal mengikut kalendar lunar yg mana disambut sebagai Hari Raya Eid Fitri.