Tip:
Highlight text to annotate it
X
Saya ingin menyatakan
Saya tak dapat jawab math3 tadi
Bukan saya tak study
Bukan saya tak meniru
segala toyol juga saya gunakan
Soalan sem ni memang susah
Sampaikan ada yang histeria
dalam dewan tadi.
Tips yang diberi
hanya 70peratus boleh diguna
Tapi satu pun saya xtau guna
Apa pon tak boleh
Tapi Amy Ramly boleh jawab semua
Memang sukar dipercayai
tapi memang tak boleh percaya lah.
Aaa..
Aus keluar dewan awal tadi
Nampak muka confident gila
Berlagak betul...
Rasa nak hempuk je..
Nasib baik CCTV banyak memerhati
Pengawas pon ada
kalau dia xtutup muka
aku dah baling dengan pemadam
kalau nak gaduh sangat
satu lawan satu la
Dia ingat orang lain xdapat jawab ka?
Tapi bukan itu masalah kita
kita tolak ke tepi dulu
kalau sesiapa sebut lagi
keluar dewan sekarang
Berbalik kepada topik tadi
semasa ambil exam tadi
Macam mana soalan 7 boleh berkait?
Jenuh kepala ni nak pikir
Dari 7a sampai la 7f
Satu haram pon xdapat jawab
kalian percaya atau tidak?
tak nak percaya sudah
Seorang pon tak dapat jawab soalan 7
Saya dah tanya Yusrofais
Dia pon tak dapat jawab
Syafiq Ahmad tak payah tanya la
amar pon sama
stayback sampai ke pagi
sampai tak tidur langsung
Akhirnya tak dapat jawab semuanya
Pergi rebus buku math tu
Lepas tu minum airnya
tak cukup buku, rebus dengan calculator sekali
Tapi itu semua tak cukup untuk membantu
kecuali kalau dapat tips soalan final
Semua status di Facebook
menyatakan rasa kecewa
dengan soalan yang begitu
soalan yang Shakir xtentu dapat fullmark
Afif juga kecewa
Safwan kecewa
Helzee juga kecewa
Eh, saya lupa dia tak ambil math 3..
Malu nye, saya nak menyorok..
Apa yang nak kecoh..
Emir boleh jawab
Student Kavikumar tak bising pon
Tips dah dikeluarkan
Takkan itu pon tak boleh
Soalan semua simple
Dari soalan 1
sampai ke soalan 7
semua nya tahap UPSR
Siapa suruh ambil math 3?
Kemas semua buku-buku
Kumpul semua nota-nota
Gunakan untuk math 3 sem depan
Dulu
masa orang lain apply universiti
korang pon sibuk nak jugak apply
sekarang tengok sendiri
math3 pon tak boleh buat
Kalau korang bagi kat budak tadika
diorang pon boleh buat..
Jika kamu suka math3 ni
kamu repeat la tiap-tiap semester.
Ambil sekali dengan Faiz, Fadhli, Helzee dan Sallehudin
Pada masa itu, anda lah yang jadi genius math3 dalam kelas
sebab sebelum ni anda dah belajar subjek ni
Setakat chapter 1 hingga chapter 3
boleh la anda berlagak dengan mereka.
Masuk chapter 4,
Semua ternganga sama-sama
Soalan 7 tu perlu lukis hemisfera
tapi ada cakera di xy-plane
Itu yang jadi bongkah G
kamu tulis persamaan
kemudian cari fx dan fy pada titik yang diberi
Apabila silap pada 7a
Sampai ke akhir lah salah jawapan kamu
Kalau xtau lagi bagus
sebab xpayah nak buang masa
tapi sekurangnya tulis la formula
Mana la tau, saya baik hati nak beri markah.
setakat 1 hingga 2 markah
saya boleh bagi
dan saya tak rugi apa pun
Dengan syarat,
JANGAN BIAR KERTAS TU KOSONG
Puan Azila juga buat begitu
Markah semua tu tak penting
yang penting pemahaman kamu dengan math3
Gauss theorem dan Stokes theorem
semua digunakan pada masa depan
tak nak percaya sudah..
cuba surf wikipedia
kalau kamu boleh kuasai math 3
kamu boleh buat roket pergi bulan
walaupun bunyi macam tipu
dan memang saya tipu pon..
Tapi kalau betul kamu boleh buat roket
pergi la hantar Hafizie ke bulan
ramai-ramai ikat tangan dia
jangan bagi terlepas
kalau tak cukup kuat panggil kawan-kawan
ikat bagi kuat
Lupakan pasal dia
Balik kepada apa yang saya nak cakap tadi
Minta maaf
Soalan sem ni memang susah
dan jangan harap graf akan turun
kamu ingat ini zaman SPM ke.
kalau gagal repeat pada sem depan
dan belajar sungguh-sungguh
jangan study last minit sampai termuntah
Lupakan math3 untuk sem ni
fokus pada paper Statik Selasa depan
Moga-moga semua nye lulus
selamat menjawab peperiksaan